Thank you. Please come again!

Sunday, January 01, 2012

2012

Dah lama tak update blog. Tau-tau je dah tahun baru. Heh. Tak apalah. Aku pun dah tak ada masa sangat nak mengupdate blog. Jadi di kelapangan masa yang ada ni, aku nak senaraikan memori 2011 aku. Bukan memori sangatlah. More to kenangan manis dan pahit. 20 manis, 11 pahit. so jadilah 2011. ok tak? hehehe.

Manis
  1. Habis Degree Communication, majoring in Journalism and minoring in Islamic studies dengan jayanya. Cita-cita untuk grad dengan pointer CGPA 3 ke atas berjaya! Alhamdulillah.
  2. Habis exam, on the next weeknya dapat kerja jadi reporter. Orang kata murah rezeki. Tapi bertahan tiga bulan sajor!
  3. Dapat kerja lain as a reporter juga di Sinar Harian Online.
  4. Masa hari kedua di SHO, dapat offer lain, iaitu dari Mkini. Untill now aku tak sure nak pergi atau tak T_T
  5. Jadi ketua untuk Magazine, Berita Kampus, Seminar dan untuk IMPACT WEEK USM =)
  6. Jalan-jalan pergi Kedah. Drive dari Penang ke Kedah. Mandi-manda dengan carnival. Best sangat!
  7. Dapat beli aset berwarna kuning =)
  8. Ada beberapa kenangan manis with him =)
  9. Tahun perfume. Sebab tahun ni dapat 3 perfume yang mama bought from London.
  10. Dapat pakai BB bold 3. Manis ke?? pon boleh lah
  11. Dapat award as Best Journalist masa di USM
  12. Dapat award Best Magazine USM
  13. Kenangan dengan geng-geng magazine. Tak tidur malam buat magazine semua.
  14. Kenangan dengan geng secourse. Tak dapat nak gambarkan macamana happynya dengan korang. Pergi Pangkor pon best. Ramai-ramai tudr dekat Balai Berita. Hehehe.
  15. Beli kasut heels tinggi, end up dengan pakai sekali je gara-gara tak muat -_- eh manis ke?
  16. dapat macam-macam hadiah dari kawan-kawan masa grad. Thank you all =)
  17. Sentiasa dikelilingi kawan-kawan yang tak putus menyayangi saya
  18. Sentiasa dikelilingi keluarga yang support saya
  19. Oh, bayar si kuning dengan duit sendiri
  20. Sambut new year di ofis -_-

Ok ni yang pahit pulak

  1. First job, amat memberi kesan terhadap psikologi kehidupan aku.
  2. Berkaitan dengan nombor 1, akhirnya bos lama aku menjadi bos aku terkini. Sedangkan punca aku berhenti dulu pasal dia. Sekarang dia datang SHO dan jadi bos aku balik -_-. ini betul-betul malang!
  3. Tak banyak pahit sangat pun. Malas nak fikir pahit-pahit ni. huhu
  4. Pergi main game netball dekat Kelantan, alih-alih lutut terkehel.
  5. Tapi ada org kata aku saja buat-buat sakit lutut. Celakalah orang itu!
  6. Makan ubat kurus segala, tapi tak kurus Y_Y
  7. Makin gemok
  8. Tak kurus-kurus
  9. Gaduh
  10. Tak kurus
  11. Gemok

Hehehe. So perlu ke aku senaraikan Azam 2012 aku plak? Aku target 5 azam

  1. Kumpul duit untuk pergi berjalan ke London, end of this year. InsyaAllah. (kalau tak London, Bandung, S'pore pun ok jer. Asalkan pakai duit sendiri. Bukan duit mak bapak!)
  2. Beli rumah
  3. Ingin membuat anjakan paradigma dalam soal jodoh. Nak jadi tak tahu malu sedikit dalam soal menackle lelaki. Selama ni aku malu. Hahahahahaha XD So lepas ni, kalau ada lelaki aku suka, terus minta nombor dan mesej! Haritu terlepas minta nombor sorang student engineering UKM. cis.
  4. Better job
  5. Better life dan dimurahkan rezeki =)


That's all peeps. See yahhh!

Friday, December 09, 2011

Update secara cepat dan rawak

Taknak tulis banyak. Update secara rawak dan lawak. Ok tak lawak.

1) Penat baru pulang dari kerja. Lepas habis kerja makan dan lepak dengan Mas kesayangan. Sebab aku kat ofis memang tak kuar makan. Malas+badget+tak ada masa aku nak makan. Kerja banyak. So, aku makan malam/supper ja. Kurus? Oh tidak akan kot sebab aku makan malam. Hehe.

2) Dapat kerja dah. Alhamdulillah. Kerja sebagai wartawan juga. Ya. Memang minat dan bidang saya. Kerja sebagai wartawan online di Sinar Harian. Sila layar www.sinarharian.com.my dan juga sila like page sinar harian di facebook atau follow di twitter =)

3) Dapat kerja juga. Macam post di bawah. Bersama kak Erma. Alhamdulillah. Aku ada dua kerja. Sebenarnya, masa hari kedua di Sinar aku dapat offer lain. Reporter juga. Bayaran lebih dari Sinar. Lepas bincang dan dapat khidmat nasihat, aku stay di Sinar =) Kerja dengan kak Erma? Err. InsyaAllah, boleh buat. Doakan ye.

4) Antara azam 2011 hampir semua telah capai. Now my target is to achieve my 2012 goal! Apakah? Biarlah me je yang tahu. Canang-canang pon,kalau tak terbuat kang malu. Oh btw, bukan kahwin mahupun tunang. Jauh dan lambat lagi. Tapi kalau dah jodoh, tahun depan saya kahwin, saya ok jer. Saya memang nak kahwin pun. Siapa sudi jadi pengantin lelaki saya tapi? Sob sobs ='(

5) Saya happy dengan life baru saya. Busy, penat, happy at the same time. Thank you Allah.


FIN


p/s: maka penggunaan blog semakin dihadkan. Apa-apa you guys can follow my twitter @zlkha_z for latest update *bagdet ramai follower and retisss! Hahahaha.

Tuesday, October 11, 2011

second test

Hola. Aiceh. Ala-ala Dina Nazir dalam Era puleks.

Tadi kak erma call. Tanjat boboi. Dia kata dia nak bagi kerja. Tapi suruh aku buat something dulu. Sebab dia nak tengok penulisan aku. So aku kata ya. I can do it bebeh. Haha. Idokla saya cakap begitu, tapi saya kata boleh la.

Then she asked me, whats novel do you read? the latest one? homaiii. Mak memang dah lama tinggalkan donia pembacaan novel cinthaaa!.... Aiceh kengkonon sekarang baca buku ilmiah lah ye? puihh. hahaha... Dia minta aku untuk buat sinopsis based on novel yang aku baca. Dalam 3-4 pages. Homai. Cuak ok. Cuak. Harap sangat yang writing aku tak hanco dan teruk sangat untuk diedit.

Aku punya pilihan novel ialah Gemersik Kalbu by Anis Ayuni. Why? Because this is my favorite novel ever after novel Damya Hana yang tajuk dia Bicara Hati. Tu pun best. Mula-mula pun rasa nak buat yang Bicara Hati. Tapi Gemersik Kalbu lebih dekat dengan jiwa.




So tonight aku akan make sure yang aku baca separuh atau habis. Sebab esok dah Rabu. Kak erma nak Jumaat. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan aku dalam mendapatkan pekerjaan. Amin.

Wish me luck ye ;)

p/s: tak letak harapan yang tinggi pun sebab aku bukan ada pengalaman pun dalam bidang ni cuma i'm willing to learn it. yes. jika diberi peluang aku akan belajar betul-betul =)

Sunday, October 09, 2011

Interview with kak Erma

Hello dan Assalamualaikum. Hehe. Wah, tengok tajuk macam gempak gila je minah ni kan. Macam poyo-poyo. Hahaha. Ok lah. Straight to the point sajork!

Semalam (Sabtu) aku telah menghadiri satu interview bersama kak Erma Fatima.

Ceritanya macam ni......

Memandangkan aku ni takde kerja, so one day tu nampaklah kak erma tweet yang dia memerlukan accountant dan PA. So, dengan selamber ku menghantar resume ku. Bukan as accountant ye. Aku ni bab mengira tentu-tentu fail. Memang lingkup la syarikat kak erma nanti. Haha. Aku minta as PA dia.

Sebenarnya aku taklah letak harapan tinggi sangat untuk dapat interview or kerja tu. Just suka-suka je. Tak sangka plak aku di pilih untuk interview. Ya, mcm kecoh gila. Baru interview. But, interview pun...kau hade??!! hahaha.

Dah la datang lambat sebab dari Shah Alam. Lepastu KL jam gila vavi. Nasib baik lah interview tu dia buat dari 2-6. Aku kalau tak, cakap nak datang pukul 2 tapi alih-alih pukul 3 baru datang.

Sampai-sampai je, dengan lupa tukar kasut. Nasib baik la sedar. Kalau tak memang pakai seliper jepun je...walaupon masuk office dia kene bukak kasut -_-" hehehe

Dapat atau tidak, aku tak kisah. Yang penting I've got the experience di interview oleh Kak Erma Fatima. Hahaha.


Ok lah. Till then yaww!