Thank you. Please come again!

Sunday, January 01, 2012

2012

Dah lama tak update blog. Tau-tau je dah tahun baru. Heh. Tak apalah. Aku pun dah tak ada masa sangat nak mengupdate blog. Jadi di kelapangan masa yang ada ni, aku nak senaraikan memori 2011 aku. Bukan memori sangatlah. More to kenangan manis dan pahit. 20 manis, 11 pahit. so jadilah 2011. ok tak? hehehe.

Manis
  1. Habis Degree Communication, majoring in Journalism and minoring in Islamic studies dengan jayanya. Cita-cita untuk grad dengan pointer CGPA 3 ke atas berjaya! Alhamdulillah.
  2. Habis exam, on the next weeknya dapat kerja jadi reporter. Orang kata murah rezeki. Tapi bertahan tiga bulan sajor!
  3. Dapat kerja lain as a reporter juga di Sinar Harian Online.
  4. Masa hari kedua di SHO, dapat offer lain, iaitu dari Mkini. Untill now aku tak sure nak pergi atau tak T_T
  5. Jadi ketua untuk Magazine, Berita Kampus, Seminar dan untuk IMPACT WEEK USM =)
  6. Jalan-jalan pergi Kedah. Drive dari Penang ke Kedah. Mandi-manda dengan carnival. Best sangat!
  7. Dapat beli aset berwarna kuning =)
  8. Ada beberapa kenangan manis with him =)
  9. Tahun perfume. Sebab tahun ni dapat 3 perfume yang mama bought from London.
  10. Dapat pakai BB bold 3. Manis ke?? pon boleh lah
  11. Dapat award as Best Journalist masa di USM
  12. Dapat award Best Magazine USM
  13. Kenangan dengan geng-geng magazine. Tak tidur malam buat magazine semua.
  14. Kenangan dengan geng secourse. Tak dapat nak gambarkan macamana happynya dengan korang. Pergi Pangkor pon best. Ramai-ramai tudr dekat Balai Berita. Hehehe.
  15. Beli kasut heels tinggi, end up dengan pakai sekali je gara-gara tak muat -_- eh manis ke?
  16. dapat macam-macam hadiah dari kawan-kawan masa grad. Thank you all =)
  17. Sentiasa dikelilingi kawan-kawan yang tak putus menyayangi saya
  18. Sentiasa dikelilingi keluarga yang support saya
  19. Oh, bayar si kuning dengan duit sendiri
  20. Sambut new year di ofis -_-

Ok ni yang pahit pulak

  1. First job, amat memberi kesan terhadap psikologi kehidupan aku.
  2. Berkaitan dengan nombor 1, akhirnya bos lama aku menjadi bos aku terkini. Sedangkan punca aku berhenti dulu pasal dia. Sekarang dia datang SHO dan jadi bos aku balik -_-. ini betul-betul malang!
  3. Tak banyak pahit sangat pun. Malas nak fikir pahit-pahit ni. huhu
  4. Pergi main game netball dekat Kelantan, alih-alih lutut terkehel.
  5. Tapi ada org kata aku saja buat-buat sakit lutut. Celakalah orang itu!
  6. Makan ubat kurus segala, tapi tak kurus Y_Y
  7. Makin gemok
  8. Tak kurus-kurus
  9. Gaduh
  10. Tak kurus
  11. Gemok

Hehehe. So perlu ke aku senaraikan Azam 2012 aku plak? Aku target 5 azam

  1. Kumpul duit untuk pergi berjalan ke London, end of this year. InsyaAllah. (kalau tak London, Bandung, S'pore pun ok jer. Asalkan pakai duit sendiri. Bukan duit mak bapak!)
  2. Beli rumah
  3. Ingin membuat anjakan paradigma dalam soal jodoh. Nak jadi tak tahu malu sedikit dalam soal menackle lelaki. Selama ni aku malu. Hahahahahaha XD So lepas ni, kalau ada lelaki aku suka, terus minta nombor dan mesej! Haritu terlepas minta nombor sorang student engineering UKM. cis.
  4. Better job
  5. Better life dan dimurahkan rezeki =)


That's all peeps. See yahhh!

1 komen:

Saya said...

comel la post kak zul yg ni..

anyway..tahniah k.zul dpt kje dah..nnt boleh belanja shirot benda best2